Perak Hari Ini

Harap Selepas Berkawan Dengan PAS, Zahid Belajarlah Hukum Islam – Asmuni

IPOH: Tuduhan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang menyebut sumber kewangan Parti Amanah Negara (Amanah) yang dibiayai DAP tidak hanya sekadar mahu memburukkan imej Amanah.

Pengerusi Amanah Perak Asmuni Awi berkata dakwaan Ahli Parlimen Bagan Datuk itu tidak boleh diterima kerana ia tidak disertakan dengan sebarang bukti.

“Saya berpegang pada prinsip bahawa apabila kita hendak menuduh seseorang itu, ia kena ada bukti. Saya harap Zahid selepas berkawan dengan PAS ni belajarlah hukum Islam.

“Dalam Islam ada menyebut setiap tuduhan itu perlu disertakan dengan bukti. Sebagai contoh, awak tidak boleh sewenang-wenangnya menuduh orang kata pencuri, tanpa bukti, dan minta pula orang yang dituduh itu buktikan bahawa dia tidak mencuri.

“Apabila saya hendak menuduh, saya harus ada bukti. Paling tidak pun, ada bukti-bukti prima facie untuk mengukuhkan tuduhan saya itu,” katanya.

Sebelum ini media melaporkan Zahid mencabar Presiden Amanah Moahamad Sabu untuk menafikan bahawa punca kewangan parti tersebut sebenarnya adalah dibiayai oleh DAP.

Asmuni yang juga Exco Kerajaan Perak berkata bahawa kesemua ahli dalam Amanah mempunyai semangat jihad yang antaranya dipelajari semasa berada bersama PAS sewaktu ketika dahulu.

Katanya menerusi semangat tersebut, beliau secara peribadi telah menyumbang beberapa dana bagi membangunkan Amanah pada peringat awal penubuhannya.

“Saya tidak nafikan yang kita ada pelajari yang baik daripada PAS iaitu semangat jihad dan berkorban. Ada juga ahli kita daripada IKRAM dan ABIM. Semua ini mendapat tarbiah atau pendidikan Islam yang mengutamakan jihad dalam perjuangan.

“Semangat ini yang kita bawa. Mereka yang di luar tidak tahu sudah berapa banyak yang kita telah korbankan. Pada peringkat permulaan sudah banyak kita berhabis. Sumbangan saya kepada Amanah dan sebagainya. Tapi takkan saya hendak cerita semua pada orang,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media pada Perasmian Konvensyen Tahunan Pemuda Amanah Perak Kali Ke-3 di Hotel Tower Regency, dekat sini, hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");