Berita Hari Ini

Hari ke-47: Peguam Dakwa Saksi ‘Mengelak’

Perbicaraan jenayah terhadap bekas perdana menteri Najib Razak berkaitan dakwaan salah guna dana SRC International Sdn Bhd masuk hari ke-47 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Saksi ke-54 akan berdepan lebih banyak soalan berkaitan urusan-urusan dengan ahli perniagaan dalam buruan Jho Low.

Peguam dakwa saksi ‘mengelak’

9.34am – “Dia tak menjelaskan, buat-buat tak tahu, mengelak’

Demikian kata peguam Najib, Harvinderjit Singh terhadap bekas pengurus perhubungan AmBank Joanna Yu semasa sesi soal balas.

Timbalan Pendakwa Raya Sithambaram, yang sebelum itu bertanya berkaitan dokumen rampasan SPRM, bagaimanapun membantah.

“Biar dia habiskan, dia sedang cuba jelaskan,” katanya.

Sithambaram membantah cara soal balas Harvinderjit yang dikatakan kerap memotong cakap Yu.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mohd Nazlan Mohd Ghazali meminta perkara itu diteruskan dan memberi masa kepada Yu menjawabnya.

Najib masuk ke mahkamah

8.59am – Bekas perdana menteri Najib Abdul Razak mengambil tempat di bahagian depan tempat duduk dalam mahkamah.

Peguam Negara Tommy Thomas, barisan pendakwa raya dan peguam-peguam pasukan pembelaan juga dilihat telah bersedia untuk prosiding.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");