Perak Hari Ini

Hina Jalur Gemilang, Armada Bersatu Sokong Gelaran Tan Sri Lee Kim Yew Ditarik

IPOH- Armada Bersatu Perak mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan biadap ahli perniagaan Tan Sri Lee Kim Yew menghina Jalur Gemilang yang menjadi simbol kedaulatan negara.

Ketuanya, Mohd Hafez Mubin Mohd Salleh berkata, pihaknya menyokong penuh desakan supaya gelaran Tan Sri yang dianugerahkan kepada beliau ditarik balik serta-merta.

“Perkara ini adalah sebagai pengajaran dan teladan kepada mana-mana pihak supaya jangan sesekali menghina simbol kedaulatan negara.

“Sebagai ahli perniagaan yang telah mengecap kemewahan hasil daripada kemakmuran dan keamanan negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum, Lee sepatutnya bersikap matang dalam menyuarakan pandangan terhadap sesuatu isu,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah Mohd Hafez, permohonan maaf beliau sama sekali tidak dapat diterima oleh rakyat Malaysia yang amat tersinggung dengan perbuatan beliau memuat naik gambar Jalur Gemilang dengan menukar warna putih pada Jalur Gemilang kepada warna hitam.

“Alasan beliau tindakan menghitamkan garisan Jalur Gemilang sebagai tanda protes terhadap pelaksanaan tulisan khat di sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan sekolah Jenis Kebangsaan Tamil itu sama sekali tidak boleh dimaafkan.

“Sebarang pandangan dan pendirian berhubung pelaksanaan khat mestilah dibuat dengan rasional dan bersandarkan kepada fakta dan bukannya emosi semata-mata,” katanya.

Tegas beliau, tindakan pihak-pihak tertentu menggunakan isu ini untuk kepentingan agenda peribadi dan politik sempit dengan memainkan sentimen perkauman adalah perbuatan dangkal

“Perbuatan ini menunjukkan bahawa mereka sama sekali tidak bertanggungjawab kerana boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama di negara ini,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");