Berita Hari Ini

Isu Perkauman Meruncing Akibat Dicetuskan Pihak Tertentu – Khalid

SHAH ALAM – Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad mengakui isu perkauman yang dimainkan pihak tertentu termasuk pembangkang, dilihat semakin meruncing sejak kebelakangan ini.

Beliau berkata isu perkauman itu sengaja ditimbulkan pihak berkenaan bagi mengkritik pentadbiran kerajaan hari ini.

“Dalam mesyuarat kabinet baru-baru ini dilaporkan bahawa masalah perkauman semakin meruncing malahan dikatakan paling teruk dalam sejarah terbaharu negara.

“… dan kita lihat isu perkauman ini dilakukan oleh kumpulan yang mempunyai agenda. Kita juga lihat pihak pembangkang sengaja timbulkan isu perkauman menerusi laman-laman sosial sejak akhir-akhir ini bertujuan mengkritik pentadbiran kerajaan,” katanya.

Khalid berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program Bulan Kemerdekaan Peringkat Parlimen Shah Alam di Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 9, di sini, hari ini, lapor Bernama.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Shah Alam berkata pihak berkenaan juga sengaja mempolitikkan isu perkauman bagi menghakis perpaduan negara yang beridentitikan rakyat berbilang kaum.

Katanya perkara seperti itu tidak seharusnya wujud dalam pentadbiran Kerajaan baharu hari ini.

“Dulu waktu kita jadi pembangkang kita tidak pernah wujudkan isu (perkauman) ini. Kita kritik dan tegur kerajaan (terdahulu) dengan cara membina….oleh itu tunjukkanlah kematangan kita hari ini dengan tidak mencetuskan isu-isu (perkauman) ini,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");