Panasnya Hari Ini

Isu Zakir Naik: Mat Hasan Harap Keputusan Berhikmah Tun Mahathir

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hasan berharap agar Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dapat membuat keputusan berhikmah dalam menangani kontroversi sekitar isu Dr Zakir Naik.

Mengakui keadaan sukar buat Mahathir, Mohamad berkata Mahathir harus mengimbangi antara kepentingan nasional, hak asasi Zakir jika dihantar pulang dan pertimbangan politik pelbagai kaum di Malaysia.

“Tidak mengusir beliau akan dilihat sebagai penerimaan kata-kata beliau yang menyinggung perasaan, malah tidak menghormati kaum-kaum tertentu di Malaysia.

“Namun begitu, jika dihantar pulang, nyawa dan hak asasi beliau akan terancam, maka kita mesti bertindak rasional,” kata Mohamad, sebagaimana dilaporkan Malaysiakini.

Dalam kenyataannya malam tadi, Mohamad berkata jika diyakini hak asasi Zakir akan dikompromi, Malaysia bertanggungjawab bertindak dengan bijaksana berdasarkan amalan terbaik perundangan antarabangsa.

Sementara itu, beliau juga meningatatkan Zakir bahawa beliau bertanggungawab berlaku bijaksana dan menunjukkan teladan bahawa Islam itu kebaikan untuk semua.

Ini kerana, katanya, beliau telah dilayan dengan terhormat di negara ini.

“Jika anda tidak berupaya melakukan itu, maka anda tidak boleh menyalahkan kerajaan Malaysia jika ia bertindak ke atas saudara,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");