Perak Hari Ini

Jadikan Sukan Instrumen Penyatuan Dalam Kepelbagaian- Tuanku Zara

IPOH- Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim menyeru agar rakyat lebih bersungguh dan serius dalam menerokai sukan dimana ianya bentindak sebagai satu instrumen penyatuan dalam kepelbagaian.

Baginda bertitah, dalam suasana negara yang berada di ambang menyambut ulang tahun sambutan hari kemerdekaan kali ke 62 maka amatlah bertepatan untuk negara memberikan perhatian lebih utama terhadap sukan.

“Sukan ini perlu diberi perhatian dengan lebih bersungguh dan lebih serius dimana ianya bertindak sebagai instrumen penyatuan dalam kepelbagaian iaitu dengan cara mempergiatkan pelbagai aktiviti sukan sebagai medium untuk menyatupadukan warga Malaysia yang terdiri daripada pelbagai agama, kaum, budaya dan bahasa, terutama dalam kalangan remaja Malaysia.

“Sukan berupaya memupuk hubungan silaturahim dan persahabatan merentasi sempadan kaum, agama dan latar belakang sosioekonomi seseorang insan.

“Lebih penting sukan, berperanan besar untuk diterokai sebagai instrumen penyatuan dalam kepelbagaian, dan instrumen dinamik yang berupaya menyemaikan semangat setia kawan dan semangat patriotisme,” titah baginda ketika merasmikan Pusat Akuatik Tuanku Zara, di sini, hari ini.

Terdahulu, pusat akuatik Tengku Zara dikenali sebagai Kompleks Renang MBI dan telah dibina pada tahun 1986 tetapi kesemua fasiliti kini telah dinaiktaraf dan terbahagi kepada dua kawasan iaitu kompleks renang tertutup dan terbuka.

Projek menaiktaraf pusat akuatik ini telah menelan kos sebanyak RM43 juta dimana projek penaiktarafannya berjalan selama 17 bulan dan dapat siap sepenuhnya pada bulan Februari 2018 dan diabadikan nama baginda ke atas pusat tersebut.

Baginda turut titah bahwasanya majlis pada hari ini telah mencatatkan satu sejarah peribadi yang istimewa dalam hidup baginda kerana pusat tersebut telah diabadikan dengan nama banginda.

Titah baginda, perkara yang lebih nostalgik lagi adalah sukan air, khususnya sukan renang amat rapat hubungannya dengan diri baginda.

“Semasa berada dalam alam sekolah, Beta bergiat aktif di dalam sukan renang, sampai ke peringkat dipilih mewakili negeri Perak,” titah baginda.

Turut berangkat, Raja Puan Besar Perak, Raja Nazhatul Shima Sultan Idris Shah, Raja Puan Muda Perak, Tunku Soraya Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");