Berita Hari Ini

Jenazah Amirul Ashraff Selamat Dikebumikan

SYDNEY: Jenazah pelajar Malaysia, Amirul Ashraff Md Azhar, 22, yang maut selepas dipercayai tergelincir dari tingkat 23 pangsapurinya di Sydney, Australia selamat dikebumikan, semalam.

Ayah pelajar itu, Md Azhar Hasbullah, 48, berkata, jenazah Amirul Ashraff dikebumikan selepas solat Zohor di Sydney.

“Pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA) menghubungi saya semalam pada 11 pagi (waktu Malaysia) memaklumkan pengebumian anak saya diselesaikan.

“Saya bersyukur dan berterima kasih kepada Mara kerana mengendalikan urusan pengebumian anak saya dan saya reda dengan ketentuan Ilahi,” katanya ketika ditemui di Perkampungan Kampung Tersusun Tekah dekat Taiping, hari ini.

Selasa lalu, sebuah portal berita melaporkan seorang penuntut Malaysia meninggal dunia dipercayai terjatuh dari pangsapuri yang menjadi kediamannya di Sydney, Australia.

Amirul Ashraff, pelajar tajaan Mara berasal dari Taiping adalah penuntut tahun akhir Ijazah Kejuruteraan Mekatronik di Universiti Technology of Sydney, Australia.

Mengenai laporan bedah siasat, Md Azhar yang juga pesara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkata pihaknya belum menerima maklumat tersebut memetik laporan HMetro.

“Saya juga belum bercadang untuk menziarahi pusara anak kerana masih dalam kesedihan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");