Sukan Hari Ini

Jika Tawaran Tepat, Sanchez Boleh Pergi – Solskjaer Share

LONDON: Ole Gunnar Solskjaer mendedahkan Alexis Sanchez boleh meninggalkan Manchester United bulan ini ‘jika ada tawaran yang baik untuk kelab dan dirinya.’

Penyerang berusia 30 tahun itu tiba di Old Trafford dari Arsenal sebagai sebahagian daripada perjanjian membabitkan pertukaran Henrikh Mkhitaryan pada Januari tahun lalu.

Sanchez menjadi salah seorang pemain paling berkualiti Gunners ketika tempohnya di London tetapi bergelut untuk mengulangi persembahan hebatnya di Manchester.

Bekas bintang Barcelona itu hanya mampu meledak lima gol dalam 45 penampilan bersama United setakat ini sebelum disisihkan daripada kesebelasan utama bagi memberi ruang kepada Anthony Martial dan Marcus Rashford.

Spekulasi perpindahan keluar dari United bertiup kencang pada musim panas ini dengan kelab Itali, Inter Milan berminat untuk membawa pemain kebangsaan Chile itu ke San Siro.

Solskjaer mengakui Sanchez boleh angkat kaki jika perjanjian menguntungkan kedua-dua pihak tetapi jika ia tidak menjadi kenyataan, masih banyak yang boleh disumbangkan pemain berkenaan.

“Alexis pemain yang berkualiti. Kami juga tidak mempunyai banyak pilihan,” kata Solskjaer, sebagaimana dilaporkan BH Online . “Jika ada tawaran yang cukup baik untuk kelab dan dia, mungkin dia akan pergi, jika tidak, dia masih pemain kami dan dia adalah pemain yang berkualiti.”

Begitupun, Sanchez masih belum terbabit dengan sebarang perlawanan United musim ini yang menguatkan spekulasi perpindahannya dengan jendela perpindahan Eropah dijadual ditutup pada 2 September ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");