Perak Hari Ini

Jom Tonton Aksi Final B-18 AFF Di Dataran KTM Ipoh

IPOH – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) akan menayangkan siaran langsung perlawanan akhir Kejohanan Bawah 18 (B-18) Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2019 di antara pasukan kebangsaan dan Australia pada malam ini, di skrin diod pemancar cahaya (LED) gergasi di Dataran Stesen Keretapi (KTM), dekat sini.

Menurut MBI, tayangan siaran langsung perlawanan akhir itu akan bermula pada jam 8 malam.

“Tayangan perlawanan akhir berkenaan akan bermula mulai jam 8 malam dan peminat bola sepak Malaysia khususnya warga kota Ipoh adalah alu-alukan untuk menonton beramai-ramai di skrin LED tersebut.

“Semoga pasukan Malaysia bawah 18 tahun akan menjuarai perlawanan akhir Kejohanan AFF Bawah 18 Tahun 2019,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini, hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");