Perak Hari Ini

Jurujual Perdaya Jual Kereta Tidak Wujud RM440 Ribu

IPOH- Seorang jurujual kereta mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ipoh hari dia atas pertuduhan memperdaya seorang individu untuk membeli kenderaan jenis SUV bernilai RM440,000.

Mengikut pertuduhan, tertuduh Chong U Gene, 46, didakwa telah memperdaya Lee Seng Hee, 64, untuk menyerahkan wang berkenaan sebagai bayaran deposit bagi pembelian kereta jenis Land Rover Range Rover 5.0 yang dikatakan tidak wujud pada jam 12.00 tengah hari di Public Bank, Cawangan Jalan Yang Kalsom, 29 Mac 2018.

Pengakuan tidak bersalah dibuat selepas pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Inggeris di hadapan Majistret Nabihah Mohd Noor.

Jika disabitkan dengan kesalahan, beliau boleh didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara selama tempoh tidak kurang dari satu tahun dan tidak melebihi 10 tahun berserta sebat dan boleh didenda.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Afiqah Izzati Mazlan manakala tertuduh diwakili Peguam Sukhwinder Singh Sidhu dan Shassidaren Deva Sana Pathy.

Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 bagi pertuduhan dengan seorang penjamin dikalangan ahli keluarga dan menetapkan 28 Ogos ini bagi sebutan semula kes.

Terdahulu, beliau juga pernah didakwa di atas dua pertuduhan pecah amanah dan menipu sebuah syarikat pemaju perumahan berjumlah RM49,000.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");