Perak Hari Ini

Kemalangan Libatkan Treler Dan 4WD, Trafik Sesak Berhampiran Terowong Menora

KUALA KANGSAR – Laluan arah utara berhampiran Terowong Menora Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dekat sini, hari ini dilaporkan mengalami kesesakan teruk ekoran kemalangan melibatkan sebuah treler dan sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD).

Menurut laporan Twitter PLUS Trafik pada jam 2.47 petang tadi, trafik ke arah utara masih sesak sepanjang 8 kilometer, sementara aliran trafik pada arah selatan bergerak perlahan pada sepanjang 2 kilometer.

Memetik laporan Utusan Online, jurucakap bomba memberitahu kemalangan tersebut berlaku di Kilometer 256.1 lebuh raya berkenaan setelah menerima panggilan mengenainya pada pukul 12.29 tengah hari.

Difahamkan laluan ke utara ditutup pada kedua-dua lorong akibat treler yang melintang jalan.

Jurucakap bomba berkata, seorang mangsa kemalangan tersepit dan operasi menyelamat sedang dijalankan oleh anggota bomba dari Balai Bomba Kuala Kangsar.

Sementara itu, rakaman video berkenaan kemalangan tersebut tular dalam media sosial.

Dalam rakaman tersebut kelihatan seorang mangsa kemalangan dalam keadaan tertiarap dipercayai telah meninggal dunia.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");