Berita Hari Ini

Kemalangan Maut Di Songkhla: Pemandu Malaysia Tiada Lesen Sah

SONGKHLA — Pemandu Malaysia yang terlibat dalam kemalangan jalan raya yang mengorbankan lima orang pemotong rumput di Songkhla, Selatan Thailand didapati telah memandu tanpa lesen yang sah.

Menurut Bernama, wanita berusia 30 tahun itu didakwa memandu dengan cuai mengakibatkan kematian dan kerosakan harta awam.

Pemandu itu menghadapi hukuman penjara 10 tahun dan denda tidak lebih 20,000 baht (RM2,721), jika sabit kesalahan.

Polis Thai bersetuju mengurangkan ikat jamin daripada 500,000 baht (RM 68,000) kepada 200,000 (RM27,000).

Bagaimanapun, wanita itu dilarang meninggalkan negara ini sehingga kesnya selesai.

Di samping itu, beliau perlu membayar sagu hati wang tunai 50,000 baht (RM 6,764) masing-masing kepada keluarga mangsa berjumlah 250,000 baht (RM33,823).

Beliau juga dikenakan denda 200 baht (RM28) kerana memandu tanpa lesen sah.

Sementara itu, Duta Besar Malaysia ke Thailand, Datuk Jojie Samuel berkata kedutaan akan memantau kes itu dari dekat.

“Kedutaan akan memberi bantuan sewajarnya yang diperlukan,” katanya kepada Bernama.

Kelmarin, wanita itu dan dua rakannya sedang dalam perjalanan dari Krabi ke Hatyai, Songkhla sebelum kereta yang mereka naiki melanggar lima pemotong rumput yang sedang berehat di tepi Jalan Asia, Daerah Rattaphum, Songkhla.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");