Berita Hari Ini

Kementerian Luar Pantau Rakyat Malaysia menetap Secara Haram Di Australia

KUALA LUMPUR: Kementerian Luar sedang memantau isu peningkatan jumlah rakyat Malaysia membuat permohonan visa perlindungan dan status pelarian daripada Kerajaan Australia.

Menurut Kementerian Luar dalam satu kenyataan, hari ini, jumlah yang besar itu disebabkan ada rakyat Malaysia mengambil kesempatan dengan memanipulasi undang-undang imigresen Australia bagi membolehkan mereka menetap lebih lama dengan cara tidak sah.

Kenyataan itu memaklumkan, tindakan itu mengakibatkan kesukaran kepada rakyat yang berniat baik (bona fide) ingin belajar, berkunjung dan menetap di Australia.

Justeru, Kementerian Luar dan Jabatan Imigresen Malaysia akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa Australia bagi memantau isu berkenaan.

“Kementerian Luar mengingatkan rakyat Malaysia yang mengunjungi mana-mana negara agar sentiasa mematuhi peraturan serta undang-undang yang terpakai di negara berkenaan bagi mengelakkan kesukaran kepada mereka,” menurut kenyataan itu.

Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia, Andrew Goledzinowski, baru-baru ini, mendedahkan seramai 33,000 rakyat Malaysia yang menetap di Australia melebihi tempoh 90 hari yang dibenarkan, membuat permohonan bagi mendapatkan status pelarian.

Rakyat Malaysia yang memohon status pelarian, termasuk dalam kalangan pelancong dan pelajar, bagi mengelakkan dihantar pulang ke negara asal.

Bulan lalu, Kerajaan Australia dilaporkan menerima 4,973 permohonan daripada rakyat Malaysia bagi mendapatkan visa perlindungan antara Julai tahun lalu hingga April tahun ini lapor Bernama.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");