Berita Hari Ini

Kementerian Sumber Manusia Belum Terima Laporan Berkaitan Caruman Bernama

IPOH – Kementerian Sumber Manusia belum menerima sebarang laporan berhubung kegagalan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) membayar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), setakat ini.

Menterinya, M. Kula Segaran berkata pihaknya juga tidak mempunyai maklumat mengenai isu bayaran balik pinjaman kakitangan agensi berita itu yang tidak dilaksanakan walaupun pemotongan gaji sudah dilaksanakan.

Menurut Kula Segaran pihaknya akan mengambil tindakan sekiranya menerima laporan berhubung isu itu daripada mana-mana pihak.

“Jika ada aduan dibuat kepada kami, kami akan ambil tindakan, memandangkan Bernama adalah sebuah agensi kerajaan, isu itu akan diselesaikan oleh kerajaan.

“Adalah lebih baik perkara ini dirujuk kepada Kementerian Kewangan dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia,” katanya kepada pemberita selepas mengedarkan kira-kira 1,000 Jalur Gemilang kepada orang ramai di Pasar Awam Kampung Tawas di sini sempena Sambutan Hari Kebangsaan, lapor Bernama.

Sebuah portal berita sebelum ini melaporkan Pengurus Kanan Akaun dan Kewangan Bernama, Syarifah Zaini Syed Zain dalam satu mesyuarat Khamis lepas memberitahu bahawa agensi itu mengalami masalah kekangan kewangan kerana belum menerima geran daripada Kementerian Kewangan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");