Perak Hari Ini

Kerajaan Jangan Tunduk Kepada Bantahan Pengenalan Tulisan Jawi Di Sekolah – Saarani

IPOH: UMNO Perak menyeru kerajaan agar tidak tunduk kepada sebarang bentuk tekanan terhadap pengenalan seni khat dan tulisan jawi bagi mata pelajaran bahasa Melayu tahun empat di semua sekolah di negara ini mulai tahun hadapan.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad berkata langkah pengenalan tersebut merupakan usaha yang dapat memurnikan budaya Malaysia serta dapat mempelajari sejarah.

Katanya tulisan jawi merupakan tulisan yang sudah wujud semenjak era Kerajaan Melayu Melaka sehingga ke era penjajahan Inggeris.

Ujarnya lagi, mempelajari tulisan jawi bukanlah sesuatu yang rasis kerana ia tidak menghakis serta mengancam kewujudan tulisan Cina atau Tamil sebaliknya ia dapat mengembangkan lagi minda pelajar dalam menghargai kesemua serta budaya negara.

“Sebarang usaha menjadikan ia sebagai isu perkauman dan rasis adalah langkah dangkal serta tidak cerdik. Tidak ada salahnya mempelajari tulisan yang wujud turun menurun di negara yang kita cintai ini.

“Janganlah isu ini dipolitikkan serta dijadikan isu perkauman. Hanya mereka yang jumud pemikiran memandang isu ini secara negatif,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Saarani turut melahirkan rasa kekesalannya terhadap tindakan Ahli perniagaan, Koon Yew Yin yang dianggap telah menghina keseluruhan anggota keselamatan negara dengan menyatakan bahawa mereka selama ini hanya makan dan tidur dan tidak pernah menembak musuh.

Justeru, beliau yang juga Adun Kota Tampan turut menyeru agar kerajaan dapat mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka yang disifatkan telah menghina anggota pasukan keselamatan negara.

“Tentera adalah barisan hadapan pertahanan negara serta tonggak kesejahteraan dan keamanan yang dinikmati hari ini.

“Tanpa tentera, kekayaan yang dikumpul oleh Yew Yin selama ini tidak akan dapat dinikmati. Janganlah dipandang hina anggota pasukan keselamatan yang berjuang mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara setiap masa,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");