Perak Hari Ini

Kerajaan Negeri Anjur Dua Acara ‘Sama Sama’ Sempena Hari Kebangsaan

IPOH: Bagi mengisi kalendar sambutan Hari Kebangsaan, kerajaan Perak bakal mengadakan dua program Sama Sama 2019 pada bulan ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan negeri, Tan Kar Hing berkata pada 17 dan 18 Ogos ini akan diadakan Sama Sama Riuh bertempat di Kinta River Walk manakala pada 31 Ogos bakal diadakan Sama Sama 2019: Sama Sayangi Malaysiaku, bertempat di Jalan Dato Maharajalela dan Jalan Tun Sambanthan.

Tan Kar Hing

Katanya bagi penganjuran Sama Sama Riuh, ia dianjurkan oleh RIUH, sebuah organisasi penganjuran acara dari Kuala Lumpur, bersama-sama dengan Tourism Perak dan Sama Sama Perak.

“Pada tahun lalu penganjuran program hanya melibatkan pihak dan organisasi dari Perak. Organisasi kebudayaan, artis, vendor makanan dan sebagainya, semua dari sini.

“Pada kali ini kita sasarkan penyertaan 80 vendor. 30 daripadanya memfokuskan kepada makanan dan minuman. Daripada segi komposisi, 50 adalah vendor tempatan manakala 50 yang lain adalah vendor yang luar dari Perak.

“Mungkin ini akan memberikan satu sinergi yang baik untuk artis dan vendor tempatan kita. Ini juga dapat mengembangkan bakat-bakat mereka menerusi apa yang boleh dipelajari daripada vendor luar Perak,” katanya.

Menurut Kar Hing, penganjuran Sama Sama Riuh ini juga mendapat kerjasama daripada Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Perak, Koloni Karyawan Amanjaya (PORT), Encore Melaka dan sebagainya.

Tambahnya beliau juga menyasarkan kehadiran pengunjung seramai 8,000 pada acara tersebut.

Beliau berkata dalam satu sidang media di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini hari ini.

Sementara itu, menurut Ketua RIUH Melissa Low, penganjuran Riuh pada kali ini merupakan julung kali diadakan di luar Lembah Klang.

Katanya selain bengkel, Sama Sama Riuh juga akan dimeriahkan dengan persembahan artis tempatan seperti DJ Bunga, Leaism, Spooky Wet Dreams, Lost Spaces dan ramai lagi.

Dalam sidang media sama, Kar Hing berkata penganjuran Sama Sama 2019: Sama Sayangi Malaysiaku akan mengetengahkan beberapa acara persembahan kebudayaan dan 20 bengkel berkonsepkan pelancongan pengalaman.

Ujarnya sebanyak 40 gerai makanan dan van makanan akan menyerati acara tersebut.

“Kita akan menonjolkan kebudayaan pelbagai kaum menerusi persembahan dan bengkel. Kita akan menempatkan beberapa rumah harmoni.

“Penganjuran in akan lebih kepada pengalaman bagi memberi peluang pengunjung meraikan bersama-sama Hari Kebangsaan dengan pelbagai kaum lain.

“Menteri Besar akan hadir merasmikan Sama Sama 2019: Sama Sayangi Malaysiaku,” ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");