Panasnya Hari Ini

Kerjasama UMNO-PAS Memang Ke Arah Persiapan PRU-15

KUALA TERENGGANU: Kerjasama UMNO-PAS yang diperkemaskan dengan pemeteraian piagam dan memorandum persefahaman (MoU) pada 14 September nanti diakui sebagai persediaan kerjasama dua parti itu untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang, berkata pertemuan parti itu dengan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di kediaman Presiden UMNO itu semalam, turut menyentuh mengenai kerjasama dua parti untuk PRU-15.

Bagaimanapun, katanya, pertemuan satu jam sebelum agenda 14 September ini tidak membabitkan perbincangan mengenai pembahagian kerusi pada PRU-15 yang disifatkan masih terlalu awal.

“Ya, ke arah PRU-15,” katanya ringkas ketika ditanya sama ada pertemuan itu menjurus kepada kerjasama UMNO-PAS untuk PRU-15.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan pecah tanah Maahad Baitur Rahman di Kampung Banggol Donas, Manir, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Hadi berkata, dalam pertemuan yang diatur Ahmad Zahid itu, mereka turut membincangkan mengenai kemas kini agenda piagam dan penyusunan wakil parti politik dan badan bukan kerajaan pada Himpunan Penyatuan Ummah, pada 14 September nanti.

“Ini pertemuan akhir sebelum 14 September dan selepas itu kita serah kepada Jawatankuasa Teknikal yang mewakili dua parti PAS dan UMNO,” katanya.

Kepemimpinan tertinggi UMNO dan PAS semalam dilaporkan bertemu bagi membincangkan agenda pengukuhan dan penyatuan ummah melalui piagam yang akan ditandatangani pada Himpunan Penyatuan Ummah 14 September ini.

Pertemuan di kediaman Ahmad Zahid itu dihadiri Hadi dan timbalannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Melalui laman Facebook, Ahmad Zahid semalam berkata, pertemuan dan perbincangan ke arah penyatuan ummah itu berlangsung dalam suasana amat positif lapor BHarian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");