Perak Hari Ini

Kes Rogol Exco: ‘Hal Pentadbiran Kerajaan Perlu Dititikberatkan’- Ahmad Faizal

IPOH- Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menegaskan bahawa perkara berkaitan dengan hal pentadbiran kerajaan negeri perlu dititikberatkan.

Berhubung satu kenyataan, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak, Paul Yong Choo Kiong menjelaskan beliau enggan mengambil cuti kerana menyifatkan dirinya bukan penjenayah.

Kata Ahmad Faizal, kes berkenaan memang masih di dalam proses perbicaraan dan beliau enggan memberi sebarang komen tetapi jika perkara mengenai hal pentadbiran kerajaan negeri ianya jelas perlu dititikberatkan.

“Walaubagaimana pun segala permasalahan akan dirungkai juga.

“Memang ada perbincangan dilakukan bersama-sama Paul Yong,” katanya.

Dalam pada itu katanya, beliau berasa bangga apabila ahli DAP dan PH turut sama menzahirkan rasa simpati terhadap permasalahan yang dihadapi oleh Paul Yong malahan turut memberi sokongan di mahkamah semasa hari perbicaraan pada semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa menghadiri Majlis Perasmian Pusat Akuatik Tengku Zara, di sini, hari ini.

Terdahulu Ahmad Faizal dalam satu kenyataan turut menasihati Paul Yong supaya bercuti daripada tugasan rasmi beliau, bagi menghormati proses undang-undang termasuklah tidak mengambil bahagian dalam sebarang mesyuarat yang melibatkan proses membuat keputusan, sehingga perbicaraan kes selesai.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");