Perak Hari Ini
Like

Kes Rogol Exco: Mengapa Sabri Ismail Campur Tangan?- Ngeh

August 24, 2019
283 Views
0 Comments
1 minute read
Kes Rogol Exco: Mengapa Sabri Ismail Campur Tangan?- Ngeh

IPOH- Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Ngeh Koo Ham mempersoalkan tindakan Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob yang mengeluarkan kenyataan mengenai tindakan beliau berhubung laporan polis yang dibuat.

Menurut Ngeh, selaku seorang ketua pembangkang Parlimen beliau tidak sepatutnya memberi sebarang komen dengan menyatakan laporan polis yang dibuat oleh beliau memalukan dan tindakan tersebut dilihat seolah-olah cuba menggangu proses undang-undang.

“Saya sangat terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau kerana disini saya mempunyai tanggungjawab di bawah undang-undang iaitu apabila mendapat sebarang keterangan yang berkaitan dengan kesalahan undang-undang ia memerlukan saya untuk memberikan maklumat kepada pihak berkuasa supaya tindakan seterusnya dapat diambil.

“Jika saya mendapat maklumat dan tidak kemukakan maklumat berkenaan, maka saya telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 202 Kanun Keseksaan dan boleh dipenjarakan sehingaa enam bulan, didenda atau kedua-duanya,” katanya dakam satu sidang media di Pejabat DAP di sini, hari ini.

Selain itu, beliau turut mempersoalkan tindakan Ismail Sabri yang mana beliau dilihat secara tiba-tiba bertindak dalam kes tersebut.

“Sama ada UMNO terlibat dalam kes ini atau ada sesiapa yang beliau kenali terlibat dalam kes ini sehinggakan beliau berasa tidak selesa kepada tindakan saya.

“Saya harap semua pihak dapat menghormati proses undang-undang untuk melengkapkan penyiasatan mereka,” katanya.

Dalam pada itu katanya, pada hemat beliau, Ismail Sabri tidak layak menjadi ketua pembangkang Parlimen kerana beliau pernah berbohong.

“Hal ini berkaitan integriti dimana beliau tidak boleh dipercayai apabila beliau telah mengkritik laporan polis yang telah saya buat,” katanya.

Komen & Pendapat

Comments are closed.