Sukan Hari Ini

Klopp Puji Kecekapan Adrian

ISTANBUL: Jurgen Klopp bangga dengan kecekapan penjaga gol, Adrian yang membantu Liverpool memenangi Piala Super UEFA menewaskan Chelsea, di Stadium Vodafone Arena, di sini, pagi tadi.

Memetik laporan BH Online, Adrian menyelamatkan sepakan terakhir Tammy Abraham sekali gus menang 5-4 dalam penentuan penalti selepas kedudukan tambahan masa terikat 2-2.

Adrian yang baru menyertai Liverpool sembilan hari lalu disenaraikan susulan penjaga gol utama, Alisson Becker mengalami kecederaan.

“Adriaaaan! Seperi Rocky,” kata Klopp merujuk kepada wira dalam filem terkenal lakonan Sylvester Stallone.

“Itulah kisahnya. Dia menepis semua rasa gemuruhnya.

“Dia sudah menjadi tumpuan di bilik persalinan. Saya rasa dia tidak banyak memenangi gelaran sebelum ini dan kejayaan ini bagus untuknya.

“Dia menyelamatkan beberapa cubaan yang sukar, saya sangat bangga dengannya.”

Sebelum itu, Liverpool ketingalan apabila Olivier Giroud menyumbat gol minit ke-36 sebelum Sadio Mane menyamakan kedudukan pada minit ke-48 dan Liverpool kembali di depan menerusi jaringan Mane pada minit ke-95.

Begitupun, penalti Jorginho pada minit ke-101 membolehkan Chelsea menyamakan kedudukan 2-2 sekali gus memaksa pemenang ditentukan menerusi sepakan penalti.

“Ia perlawanan sukar buat kedua-dua pasukan. Ia benar-benar satu saingan untuk menang dan kami akhirnya memenanginya,” kata Klopp.

“Tiada siapa dalam stadium ini mahukan masa tambahan, ia umpama pembunuh. Saya tidak pasti mengenai penalti itu, tapi sekarang siapa peduli.”

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");