Sukan Hari Ini

Lang Merah Enggan Cicir Mata

ALOR SETAR: Pengendali Kedah, Aidil Sharin Sahak menganggap pertemuan ketiga dalam kumpulan A untuk aksi Piala Malaysia menentang PKNS FC di Stadium Shah Alam malam ini sebagai aksi sukar buat skuad kendaliannya.

Kemenangan yang dicapai anak buah Datuk K Rajagobal ke atas Negeri Sembilan sebelum ini pasti meningkatkan semangat pasukan itu seterusnya mencetuskan saingan lebih sengit untuk kedua-dua pasukan di Shah Alam kelak.

“Kami tahu motivasi mereka (PKNS) meningkat, namun dalam menghadapi cabaran itu, saya mahu semua pemain kami supaya memberi tumpuan seratus peratus dalam misi mendapatkan tiga mata kali ini selepas kekecewaan pada perlawanan menentang Terengganu FC di laman sendiri pada 8 Ogos lalu.

“Saya mahu pemain manfaatkan segala peluang yang ada dan beri fokus terhadap corak permainan seperti yang ditunjukkkan sebelum ini. Perlawanan menentang PKNS FC ini tidak semudah yang disangka dan kami perlu lebih berdisiplin dan pada masa sama lebih berhati-hati supaya tidak melakukan kesilapan yang boleh merugikan pasukan.

“Semua pemain perlu bangkit dengan semangat baharu untuk memburu tiga mata yang sangat kita perlukan dalam perlawanan ketiga ini,” katanya, sebagaimana dilaporkan Harian Metro.

Di Kuantan, skuad Pahang menjanjikan aksi terbaik apabila bertemu Sabah pada perlawanan ketiga Kumpulan C saingan Piala Malaysia di Stadium Likas, esok.

Pemain import Tok Gajah, Saddil Ramdani berkata, dua kemenangan diraih pasukan itu diharap dapat memberikan keyakinan tinggi kepada rakan sepasukan untuk mencapai misi mengutip tiga mata di tempat lawan.

“Saya harap skuad Pahang dapat tampil dengan prestasi terbaik seperti dipersembahkan pada dua perlawanan sebelum ini. Persefahaman dan fokus sepanjang 90 minit perlawanan sangat penting dalam memastikan kami dapat mengutip mata maksimum,” katanya.

Dalam perkembangan lain, baki empat perlawanan perlu digunakan sebaik mungkin skuad FELDA United FC apabila melayan kunjungan Melaka United di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, Maran, esok.

Kapten The Fighters, Hadin Azman berkata, kelab itu perlu menewaskan skuad kendalian Zainal Abidin Hassan bagi mencari kedudukan selesa dalam carta kumpulan D.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");