Berita Hari Ini

Latih Ramai Pekerja Untuk Industri 4.0

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mahu lebih ramai pekerja berkemahiran tinggi dilatih sebagai persediaan ke arah Revolusi Perindustrian Keempat (Industri 4.0).

Menurutnya, Industri 4.0 bakal membawa banyak perubahan dan ia membabitkan pelbagai industri.

“Sebelum ini, ia mungkin hanya berkaitan pemasangan produk tetapi hari ini, ia berkaitan pengaturcaraan robot atau mesin automatik yang mana ia mengalami perubahan demi perubahan.

“Justeru, kita perlu melatih modal insan negara ke arah berkemahiran tinggi yang mana, ia bukan lagi hanya berkaitan memasang produk tetapi mampu mengendalikan pengoperasian mesin supaya ia kekal berfungsi selain menghasilkan mesin dan peralatan kita sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan pembukaan Persidangan Meja Bulat Bersama Komuniti Dewan Perniagaan Antarabangsa yang bertemakan Memperkasa Tenaga Kerja Malaysia, Memupuk Bakat Untuk Masa Depan di Putrajaya, hari ini.

Persidangan itu disertai 30 perwakilan dari 20 dewan perniagaan asing termasuk Japanese Chamber of Trade&Industry Malaysia (JACTIM), American Malaysia Chamber of Commerce (AMCHAM) dan EU-Malaysia Chamber of Commerce and Industry (EUMCCI).

Dalam pada itu, Dr Mahathir berkata, negara juga berminat untuk menghantar modal insan ke negara luar untuk belajar di sana dan seterusnya membawa pulang pengetahuan, kemahiran dan kepakaran ke Malaysia lapor HMetro.

“Peserta turut menyatakan kesediaan untuk menghantar tenaga pakar mereka ke negara ini,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");