Berita Hari Ini

Lebih 100 Kes Cubaan Tipu PERKESO

KUALA LUMPUR: Sanggup menipu kononnya menghidap penyakit serius demi mendapatkan pampasan mudah dengan mengemukakan laporan perubatan palsu.

Itu modus operandi terdesak pencarum Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) yang sanggup berbuat demikian dan helah berkenaan dikesan pertubuhan itu sejak beberapa tahun lalu.

Mendedahkan perkara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PERKESO, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata, ada pemohon sanggup membeli laporan perubatan palsu daripada klinik tertentu yang bersekongkol untuk mengesahkan ‘penyakit’ dihidapi.

Beliau berkata, helah itu disebabkan pencarum pertubuhan itu menyedari ia antara cara mudah untuk mendapatkan wang pampasan khususnya sebagai wang penyelamat apabila sudah tidak lagi bekerja kerana mencapai usia 60 tahun dan bersara.

“Jika saya tanya pada anda, sudah pasti kita pernah mengalami sakit belakang. Namun individu ini menggunakan ‘penyakit’ itu untuk mendapatkan pampasan mudah dengan mengemukakan laporan palsu diperoleh daripada hospital tertentu.

“Pemohon menganggap permohonan mereka bagi mendapatkan pampasan adalah asli kerana lengkap dengan laporan, namun bagi kami ia sebaliknya kerana ada kelompongan dikesan dan mencurigakan,” katanya sebagaimana dilaporkan Harian Metro.

Beliau berkata, lebih mengecewakan terdapat pusat perubatan bersekongkol dengan tindakan itu selain bantuan orang tengah untuk mendapatkan pengesahan penyakit berkenaan.

“Kami sedar ada pakar perubatan menjual laporan perubatan (kepada pemohon) dan aduan sudah dibuat kepada Majlis Perubatan Malaysia (MMC), tapi tiada tindakan lanjut yang dibuat badan itu untuk mengatasi masalah ini.

“PERKESO ada sistem tertentu digunakan untuk mengesahkan penyakit dialami adalah sah atau sebaliknya.

“Kami sudah melaporkan lebih 100 permohonan palsu kepada Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk siasatan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, PERKESO tidak akan sesekali berkompromi dengan tindakan sedemikian dan mereka yang bertanggungjawab perlu dikenakan hukuman sewajarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");