Berita Hari Ini

Lelaki Maut Tertusuk Besi Cerucuk Konkrit

KUALA LUMPUR: Seorang pekerja tapak binaan warga Bangladesh maut selepas tertusuk besi cerucuk konkrit pada bahagian perut di tapak pembinaan berhampiran Pusat Perubatan Pantai, di sini, hari ini.

Mangsa, Hoque Aynal, 41, maut di lokasi kejadian pada kira-kira jam 1.40 tengah hari.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai, Hamid Daud, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.43 tengah hari sebelum sepasukan anggota bomba dikerah ke lokasi kejadian.

“Seramai 10 anggota bersama dua jentera dari BBP Pantai tiba di lokasi enam minit kemudian dan mendapati seorang pekerja pembinaan mengalami kecederaan tertusuk besi cerucuk konkrit.

“Kejadian berlaku ketika mangsa melakukan kerja pemindahan besi cerucuk konkrit menggunakan kren.

“Anggota bomba dari BBP Pantai kemudian mengalihkan timbunan besi cerucuk konkrit di tempat kejadian bagi memudahkan operasi dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur, di sini, hari ini, lapor BH Online.

Hamid berkata, mangsa disahkan maut di lokasi kejadian oleh paramedik ambulans Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) bersama pegawai perubatan.

Katanya, kawasan kejadian adalah tapak bangunan dalam pembinaan

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");