Berita Hari Ini

Lelaki Pakistan Jual Karpet Cuba Sembunyi Dalam Parit

MARANG: Lelaki warga Pakistan yang cuba melarikan diri ketika mahu diperiksa penguat kuasa Jabatan Imigresen, ditahan ketika bersembunyi di dalam parit parit di Kampung Binjai Bongkok, di sini, semalam.

Menurut BH Online, sebelum kejadian, warga asing berusia 34 tahun yang dipercayai menjalankan perniagaan karpet secara bergerak dikatakan menunggu pelanggan di dalam kereta Proton Wira yang diparkir di tepi Jalan Tebakang, di sini, kira-kira jam 12 tengah hari.

Bagaimanapun, sebaik menyedari kehadiran pegawai Jabatan Imigresen Terengganu, lelaki yang memiliki permit bekerja di sektor perladangan bertindak memecut kenderaannya ke arah Kampung Binjai Bongkok.

Ketika melarikan diri, kereta dipandu lelaki asing dikatakan bergesel dengan kenderaan dinaiki pihak Imigresen yang mengejarnya sejauh hampir satu kilometer.

Kejadian itu menyebabkan keretanya tersadai di tepi jalan sebelum waarga asing itu melarikan diri ke parit besar di kawasan berkenaan.

Ketua Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Imigresen Terengganu, Ahmad Salihin Salleh, berkata warga Pakistan terbabit ditahan kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial dan akan disiasat mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Katanya, pemeriksaan lanjut menemui pelbagai barangan seperti toto dan karpet yang dipercayai untuk dijual kepada penduduk di sekitar kampung berkenaan.

“Lelaki Pakistan terbabit antara 23 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditahan dalam Ops Bersepadu Jabatan Imigresen Terengganu di daerah ini dan Hulu Terengganu, semalam.

“Operasi membabitkan 14 anggota dan pegawai ini bermula jam 9 pagi hingga 2 petang itu memeriksa seramai 71 warga asing di 12 lokasi membabitkan kawasan projek pembinaan rumah persendirian, taman dan bangunan sekolah,” katanya di sini.

Ahmad Salihin berkata, semua PATI lelaki yang ditahan terdiri daripada 12 warga Indonesia, Myanmar (lima), Bangladesh (empat) dan dua warga Pakistan berusia antara 20 hingga 50 tahun.

Katanya, seramai 11 PATI ditahan mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal lebih masa, 10 orang yang tidak memiliki dokumen perjalanan sah ditahan mengikut Seksyen 6(1)(c) akta sama dan dua lagi lelaki yang ditahan kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial disiasat mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963.

“Semua yang ditahan dibawa ke Depot Tahanan Imigresen Ajil, Kuala Berang, Hulu Terengganu untuk siasatan lanjut,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");