Membawang Hari Ini

Luna Maya Sedang Hangat Bercinta Dengan SM Faisal?

Kalau dah cantik, memang tak sah kalau tidak dikaitkan dengan mana-mana jejaka tampan. Sebelum ini pelakon popular Indonesia, Luna Maya pernah dikaitkan dengan ahli perniagaan, Datuk Wira SM Faisal Nasimuddin.

Bagaimanapun, Luna memberitahu hubungan mereka berdua tidak lebih dari hanya sebagai seorang kawan biasa.

Namun, sejak semalam sedang hangat diperkatakan di media tempatan di Indonesia pelakon popular Luna Maya dikatakan sedang hangat bercinta dengan ahli perniagaan tersebut. Malah, kedua-dua mereka dikatakan saling memuat naik ucapan cinta di Insta Story.

Memetik laporan detik.com, Luna ada memuat naik Insta Story dengan ucapan ‘I Love You’ diiringi lagu romantis dan Faisal dilihat ada memuat naik fotonya di Itali beserta status ‘Lots of Love’

Perkongsian Faisal itu dibanjiri dengan komen oleh peminat Luna Maya yang teruja dan beranggapan ucapan tersebut sememangnya untuk pelakon dari seberang itu. Malah, ada yang mengatakan Faisal ke negara Eropah itu untuk mencari lokasi majlis perkahwinan.

Tidak kurang juga ramai yang menyatakan beliau sangat secocok dengan Luna Maya serta mendoakan agar mereka segera berkahwin. Sebelum ini juga, Luna Maya dilihat ada memuat naik foto bersama keluarga Faisal.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");