Berita Hari Ini

MAHB Buat Laporan Polis

SEPANG: Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) membuat laporan polis, hari ini berhubung masalah yang berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), minggu lalu.

Perkara berkenaan disahkan Ketua Polis Daerah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Asisten Komisioner Zulkifli Adamshah ketika ditanya menerusi WhatsApp.

“Saya hanya boleh buat pengesahan bahawa pihak polis telah menerima satu laporan berhubung masalah yang berlaku di KLIA. Laporan dibuat hari ini dan kita akan jalankan siasatan.

“Laporan dibuat oleh Pengurus Besar Kanan Bahagian Teknologi Maklumat (IT) MAHB dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan,” katanya, hari ini.

Pada masa sama, beliau berkata, setakat ini tiada bahan bukti diserahkan kepada pihak polis yang menunjukkan sistem disabotaj.

Menerusi kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif MAHB, Raja Azmi Raja Nazuddin semalam, MAHB tidak menolak kemungkinan kegagalan rangkaian yang berlaku di KLIA baru-baru ini disebabkan perbuatan berniat jahat.

Beliau dipetik berkata, pihaknya menyerahkan perkara berkenaan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan penuh.

Menerusi kenyataan Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA), Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebelum ini memaklumkan, tiada sebarang aktiviti serangan siber dikesan setakat ini susulan insiden gangguan teknikal di KLIA.

NACSA memaklumkan siasatan awal yang dilaksanakan oleh MAHB mendapati kejadian ini disebabkan kegagalan perkakasan rangkaian memetik laporan HMetro.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");