Perak Hari Ini

Mangsa Kemalangan Maut Di Melaka Selamat Disemadikan

TANJUNG TUALANG: Mangsa maut kemalangan di Melaka, Halimatun Aris Padil, 24, selamat disemadikan kira-kira pukul 12 tengah malam tadi di Tanah Perkuburan Islam Changkat Tin, di sini.

Terdahulu, jenazah Halimatun tiba dari Hospital Melaka kira-kira pukul 11.30 malam Sabtu sebelum dibawa ke Perak dan disolatkan di Masjid Al Falahiah Kampung Changkat Tin.

Majlis pengebumian dihadiri sekitar 60 orang yang dipercayai terdiri daripada ahli keluarga dan kenalan arwah.

Menurut laporan Bernama, mangsa adalah anak bongsu dari empat beradik dan bekerja sebagai kerani di Felcra Nasaruddin, Bota dekat sini.

Mangsa yang baharu berkahwin dengan Azhar Ahmad, 57, pada Disember tahun lepas bagaimanapun belum lagi mempunyai cahaya mata.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");