Berita Hari Ini

Mayat Nora Anne Belum Dituntut Keluarga

SEREMBAN: Sehingga jam 6 petang tadi, mayat Nora Anne Quoirin yang berada di Jabatan Forensik Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), masih belum dituntut ahli keluarganya.

Setakat ini tidak dipastikan bila keluarga akan menuntut mayat remaja Ireland itu manakala perkarangan Jabatan Forensik itu juga kini lengang dengan hanya beberapa petugas media tempatan dan antarabangsa yang masih menunggu di situ.

Dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop, memaklumkan keluarga dibenarkan menuntut mayat remaja berusia 15 tahun itu pada bila-bila masa.

Namun, katanya, setakat ini keluarga masih belum membuat sebarang persiapan berkenaan itu.

Proses bedah siasat bagi mengetahui punca kematian remaja itu dilakukan pada jam 11.45 pagi semalam dan selesai lebih 10 jam kemudian.

Proses itu dikendalikan oleh Pakar Patologi Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Siew Sheue Feng dan Pakar Forensik HTJ, Dr Hanif Mohammad.

Nora Anne disahkan mati akibat kebocoran usus yang berpunca daripada tidak makan untuk tempoh panjang selain akibat tekanan berpanjangan.

Selain itu, hanya terdapat kesan calar kecil pada bahagian kaki mangsa dan mangsa juga dipercayai mati dua sehingga tiga hari sebelum mayatnya ditemui serta disahkan tiada kesan dirogol atau elemen dilarikan serta diculik.-BH

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");