Perak Hari Ini

MB Hormati Keputusan Saya Lepas Jawatan Presiden PKNP FC – Zainol

IPOH: Datuk Zainol Fadzi Paharudin menyebut bahawa Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menghormati keputusannya yang melepaskan jawatan Presiden PKNP FC pada bulan lalu.

Katanya beliau juga memaklumkan kepada Ahmad Faizal bahawa keputusan tersebut diambil sebagai mengotakan janjinya sebelum ini selepas pasukan itu tersingkir ke Liga Perdana musim depan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manik itu berkata beliau kini berasa lega dan kurang tekanan selepas membuat keputusan tersebut.

Selain itu beliau juga menyerahkan kepada pengurusan kelab pasukan bola sepak itu berkenaan dakwaan ia akan dibubarkan.

“Itu terserah kepada pengurusan PKNP FC. Terserah juga mungkin Menteri Besar akan menjadi ‘feeder’. Ada ‘pro’ dan ‘cons’ terhadap perkara itu.

“Namun dari segi kos pengurusan ia harus kekal. Walaupun tidak sebesar pasukan bola sepak Perak, namun ia tetap ada. Kini terserah kepada Timbalan Presiden,” katanya.

Tambahnya lagi, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa faktor kos pengurusan sesebuah pasukan bolah sepak itu turut mempengaruhi prestasi pasukan.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada program Majlis Makan Durian Bersama Media di Koloni Karyawan Amanjaya (PORT), di sini, hari ini.

Dalam pada itu Zainol turut mengucapkan selamat maju jaya kepada PKNP FC dalam menghadapi saingan kempen Piala Malaysia 2019.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");