Perak Hari Ini

MB Inc Pelawa Orang Ramai Sertai Program Sukarelawan TT5

IPOH- Perbadanan Menteri Besar Incorporated (MB Inc) menjemput orang ramai terutamanya pelajar dari universiti yang sedang cuti semester dan pra konvokesyen untuk memohon mengikuti program sukarelawan Tanjung Tualang Tin Dredge TT5.

Menurut satu kenyataan, program sukarelawan TT5 merupakan satu peluang untuk para pelajar selain menerima pendapatan juga menimba pengalaman dan mempelajari sejarah industri bijih timah pada satu ketika dahulu menjana pendapatan yang tinggi untuk negara.

“Pemohoh mestilah berumur antara 18 dan 40 tahun dan sihat tubuh badan untuk bertugas antara 9.00 pagi sehingga 6.00 petang dengan RM35 hingga RM100 setiap hari serta akan diberi latihan.

“Tugas lain sukarelawan ialah mengurus pelawat , demonstrasi mendulang, urusan pentadbiran, perkhidmatan pelanggan, selain memperbaiki kemahiran berkomunikasi dan juga meningkatkan pengetahuan dalam kurikulum STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Matematik),”katanya.

Pemohon yang ingin menjadi sukarelawan boleh memohon melalui facebook: tanjungtualangno5 , email:[email protected] atau whatsapp atau telefon di talian 014-9043255 yang mana temuduga terbuka akan diadakan di TT5.

Permohonan sukarelawan tersebut dibuka kepada empat sukarelawan iaitu dua akan bertugas pada hujung minggu. TT5 memerlukan empat hingga enam sukarelawan semasa cuti perayaan dan cuti sekolah.

TT5, satu satunya kapal korek yang masih “beroperasi” di negara ini dan menjadi produk pelancongan sedang mengambil sukarelawan untuk mengurus pelawat yang jangka meningkat semasa musim cuti sekolah minggu depan.

“Kilang yang terapung” dibina di England oleh FW Payne & Sons pada tahun 1938 dan berhenti beroperasi pada 1982 akibat penurunan harga di pasaran dunia dan tidak mampu menampung kos operasi yang tinggi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");