Perak Hari Ini

MB Perak Nasihatkan Exco Paul Yong Agar Bercuti

IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menasihatkan kepada Exco Kerajaan Negeri, Paul Yong Choo Kiong agar bercuti daripada tugas-tugas rasmi, termasuk tidak mengambil bahagian dalam apa juga mesyuarat Exco Kerajaan Negeri, sehingga proses perbicaraan selesai.

Hari ini media melaporkan bahawa Paul akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ipoh, pada Jumaat dan akan dituduh di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Kata Ahmad Faizal, beliau secara peribadi berasa terkejut atas apa yang berlaku kepada Adun Tronoh itu dan berharap kesemua ahli keluarganya bersabar dalam melalui proses perundangan tersebut

Beliau juga berharap agar keadilan dapt ditegakkan kepada semua pihak yang terlibat dalam kes itu.

“Kerajaan Negeri menghormati proses ini memandangkan keluhuran undang-undang adalah prinsip asas dalam masyarakat negara ini.

“Pada masa yang sama, kita juga menghormati prinsip bahawa seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Walau bagaimanapun Ahmad Faizal berkata prestasi Paul sebagai Adun dan Exco Kerajaan Negeri amat memuaskan dan telah melaksanakan tanggungjwab serta kerjasama yang baik.

“Saya memberi jaminan proses perundangan ke atas Paul tidak akan menjejaskan perjalanan pentadbiran kerajaan negeri Perak.

“Setakat ini tidak ada keperluan untuk melakukan sebarang rombakan drastik dan semua barisan Exco kerajaan negeri sedia ada mampu memikul tanggungjawab untuk menjalankan urusan pentadbiran secara bersama,” ujarnya.

Sementara itu, beliau turut menyeru semua pihak agar bertenang dan menghormati proses undang-undang selain tidak membuat sebarang bentuk spekulasi yang boleh merumitkan lagi keadaan

“Saya menyeru orang ramai turut menghormati proses perundangan dengan tidak membuat sebarang spekulasi dengan cuba mendahului tugas pihak polis, pendakwa dan hakim dengan menjatuhkan hukuman di media sosial.

“Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, sewajarnya kita menaruh sepenuh keyakinan kepada institusi kehakiman negara dalam mengegakkan keadilan dan kebenaran,” tambahnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");