Perak Hari Ini

MBI FC Bakal Berentap Dengan Superlawak FC Esok

IPOH: Bersempena dengan sambutan ulang tahun Bandaraya Ipoh ke-31 pada tahun ini, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) akan menganjurkan perlawanan persahabatan bola sepak antara MBI FC dengan pasukan Superlawak FC.

Pengarah Kanan Pentadbiran & Kewangan MBI Saidatul Akma Jamaluddin berkata perlawanan akan berlangsung pada 17 Ogos pada jam 5 petang.

Katanya acara yang akan dirasmikan Datuk Bandar Ipoh itu bakal berlangsung di Padang Sultan Abdul Jalil, di sini.

“Kita mengalu-alukan dan menjemput semua sama ada warga kota atau yang berada di luar Ipoh untuk bersama-sama hadir menyaksikan perlawanan persahabatan ini.

“Dengan adanya acara ini kita harap dapat mengeratkan hubungan sesama kita di samping dapat sama-sama bersukan dengan para artis dan pelawak yang akan hadir.

“Penganjuran ini juga sebagai langkah mempromosikan Bandaraya Ipoh ini menerusi aktiviti sukan,” katanya dalam satu sidang media di Hotel Impiana, di sini, selaku lokasi penginapan rasmi.

Tambahnya lagi, beliau menjangkakan kehadiran lebih daripada 5,000 orang penonton.

Selain itu katanya antara barisan pemain Superlawak FC yang akan berentap dengan pemain MBI FC ialah pelawak Jep Sepahtu, Rahim Sepahtu, Shah dari kumpulan Slam, kesemua kumpulan pelawak Zero, pelakon Roy Azman, Chiwan Muzikal Lawak Superstar serta Jali dari School of Lawak.

Dalam pada itu katanya waktu acara pada awalnya dijadualkan berlangsung pada sebelah malam terpaksa ditukar pada sebelah petang kerana sebagai memberi laluan kepada perlawanan Piala Malaysia di antara Perak dan Pulau Pinang di Stadium Perak di sini, malam esok.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");