Berita Hari Ini
Like

Menteri Bersatu: Melayu Terlalu ‘Beri Muka’ Ikut Kehendak Rasis

August 14, 2019
224 Views
0 Comments
1 minute read
Menteri Bersatu: Melayu Terlalu ‘Beri Muka’ Ikut Kehendak Rasis

Ahli Majlis Tertinggi Bersatu, Mohd Redzuan Yusof membidas pihak yang membantah pelaksanaan pengenalan tulisan Jawi dalam buku teks bahasa Melayu di sekolah Cina dan Tamil, khususnya gabungan pertubuhan pendidikan Cina, Dong Zong yang melabelkan tindakan itu sebagai satu bentuk “Islamisasi”.

Katanya, bahawa orang Melayu sudah telalu banyak “beri muka” kepada kaum yang rasis dan negara lain tidak sebaik seperti Malaysia yang mudah berkompromi dengan kehendak mereka yang rasis.

“Bangsa Melayu terlalu berkompromi mengikut kehendak kaum yang terlalu rasis. Sudah tiba masanya bangsa Melayu bangkit mempertahankan budaya Melayu sebelum dimusnahkan pihak terbabit.

“Kita telah terlalu banyak beri muka. Negara lain tidak sebaik macam kita. Sistem pelajaran wajib digunapakai mengikut bahasa rasmi negara itu. Kita tidak begitu…berlembut sahaja.

“Marilah kita sama-sama perkasakan kembali budaya Melayu mengikut perlembagaan,” katanya yang dipetik oleh akhbar Utusan Malaysia.

Pengenalan pembelajaran tulisan Jawi itu tidak dipersetujui oleh beberapa pihak terutamanya bukan Melayu termasuk Dong Zong yang kemudiannya melancarkan satu petisyen bagi membantah tindakan itu.

Ini di sebalik pengumuman Kementerian Pendidikan pada 8 Ogos lalu bahawa pembelajaran tulisan Jawi di sekolah Cina dan Tamil akan dilaksanakan secara pilihan, dengan guru diberi kuasa menetapkan kaedah pengajaran.

Keadaan semakin kusut susulan kenyataan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, pada Isnin lalu yang melabelkan Dong Zong sebagai “rasis”.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng kemudian mengeluarkan kenytaan bahawa parti itu tidak bersetuju dengan dakwaan Dong Zong adalah rasis dan mempertahankan hak gabungan itu untuk menyatakan pandangannya.-Mkini

Komen & Pendapat

Comments are closed.