Berita Hari Ini

Menteri Sahkan SPRM Siasat KSU Pelancongan

Menteri Pelancongan Seni dan Budaya, Mohammadin Ketapi mengesahkan SPRM menyoal siasat ketua setiausaha kementeriannya, Isham Ishak semalam dan hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak memaklumkan sama ada tindakan SPRM itu bagi siasatan berkaitan salah laku rasuah atau perkara lain kerana belum berkesempatan berjumpa Isham.

“Beliau dipanggil memberi keterangan semalam dan hari ini, saya tidak boleh ulas panjang mengenai perkara ini kerana belum mendapat maklumat secara terperinci. Tujuan apa beliau dipanggil pun saya tidak tahu.

“Setakat ini, saya difahamkan hanya beliau seorang sahaja (kakitangan kementerian) yang dipanggil oleh SPRM. Situasi ini tidak akan menjejaskan sebarang operasi di kementerian ini dan semuanya lancar,” katanya yang dipetik oleh portal Berita Harian Online.

Semalam, notis memerintahkan Isham hadir untuk memberi keterangan kepada SPRM tular di laman sosial sehingga menimbulkan tanda tanya berhubung kes yang disiasat.

Mohamaddin berkata, beliau tidak mengetahui pihak mana yang membuat laporan kepada SPRM sehinggakan ketua setiausaha kementeriannya itu dipanggil memberi keterangan, namun akan memberikan kerjasama dalam siasatan jika perlu.

“Saya tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pegawai di kementerian ini yang melakukan kesalahan termasuk rasuah. Kita kerajaan baharu yang bersih dan perkara berkenaan perlu diberikan keutamaan,” katanya.

Ketika ditanya adakah ada tindakan dalaman terhadap Isham nanti, Mohamaddin berkata, pihaknya akan menunggu siasatan selesai terlebih dahulu.

“Kita tunggu dahulu, kalau serius dan perlu direhatkan saya akan minta pandangan daripada ketua setiausaha negara,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");