Panasnya Hari Ini

‘Mohamed Azmin Tak Akan Keluar PKR’

KUALA LUMPUR: “(Datuk Seri Mohamed) Azmin tak akan keluar PKR, parti itu adalah darah dagingnya,” kata Naib Presiden PKR Dr Xavier Jayakumar.

Beliau berkata, Timbalan Presiden PKR itu sudah berada bersama parti itu sejak diwujudkan lagi dan tidak mungkin beliau akan meninggalkan parti yang menjadi landasan perjuangan politiknya selama ini.

Katanya, soal 28 Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dan Ahli Parlimen parti komponen Pakatan Harapan (PH) akan meninggalkan PKR tidak timbul kerana Mohamed Azmin tidak akan berbuat begitu.

“PKR dan PH sudah lama berjuang dan kini diberi peluang oleh rakyat untuk berkhidmat, jadi sekarang adalah masa untuk membuktikannya bukan nak berlaga sesama sendiri,” katanya di sini hari ini, lapor Harian Metro.

Beliau mengulas mengenai cakap-cakap bahawa Mohamed Azmin akan melompat ke GERAKAN berikutan perselisihannya dengan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sehingga kini Timbalan Presiden PKR itu belum menafikan khabar angin berkenaan sementara pemimpin GERAKAN sudah bersedia untuk menyambut kemasukannya.

Xavier adalah salah seorang daripada 28 pemimpin kanan PKR yang berdiri teguh di belakang Mohamed Azmin yang menegur Anwar supaya berhenti mengeluarkan kenyataan memecahbelahkan perpaduan parti dalam isu video lucah dikaitkan dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu.

Pada 18 Julai lalu 28 Ahli MPP dan Ahli Parlimen PKR mendesak Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhenti mengeluarkan kenyataan yang memecahbelahkan perpaduan parti dalam isu video lucah sejenis itu.

Terdahulu Xavier yang juga Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli hadir pada Majlis Penamaan Anak Giant Panda Kedua di Pusat Konservasi Panda Gergasi Zoo Negara.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");