Sukan Hari Ini

MPFL: Perak Lakar Kemenangan Kelima

IPOH: Perak meneruskan rentak cemerlang dalam Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) apabila menumpaskan Kuala Lumpur 4-2 di Stadium Indera Mulia, di sini, malam tadi.

Memetik laporan Stadium Astro, berbekalkan semangat tinggi selepas menundukkan Kedah 5-2 di Alor Setar, Sabtu lalu, Perak mempamerkan persembahan bertenaga untuk mencatat kemenangan kelimanya.

Dengan kemenangan itu, anak buah Mohd Ruzaley Abd Aziz berkenaan menebus kekalahan 3-4 di tangan Kuala Lumpur dalam pusingan pertama di Shah Alam.

Perak kini mengutip 17 mata daripada 11 perlawanan dan menduduki tangga ketiga di belakang Selangor dan Pahang.

Malah, tuan rumah itu sepatutnya mampu menang dengan jurang lebih besar jika menyempurnakan beberapa peluang terhidang.

Kuala Lumpur juga tidak mudah menyerah apabila berusaha bangkit, terutama selepas ketinggalan 3-1.

Dua gol Mohd Ridzwan Bakri pada minit ke-10 dan 19, serta masing-masing satu daripada Muhammad Firdaus Zulkefli dan Mohamad Awalluddin Mat Nawi dalam babak kedua, membantu kemenangan Perak.

Kuala Lumpur pula membalas melaui Saiful Aula Ahmad (m-12) dan Hazizi Mansor (m-38).

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");