Berita Hari Ini

Muhyiddin Gesa Turunkan ‘Suhu’ Sentimen Kaum, Agama, Raja

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin hari ini menggesa semua pihak mengurangkan “suhu yang meningkat” susulan apa yang disifatkannya sebagai sentimen sekitar isu kaum dan agama, dan institusi diraja.

Beliau berkata maklumat yang dikumpul oleh pihak polis menunjukkan peningkatan insiden berkaitan tiga perkara itu telah meningkat dua kali ganda sejak tahun lalu.

“Saya nak berkata terus-terang…Data yang dikumpulkan polis yang telah ditaklimatkan keada saya dan perdana menteri menunjukkan ada kecenderungan tidak baik (untuk membangkitkan isu) berkaitan kaum, agama dan institusi diraja (3R iaitu race, religion, royalty).

“Dalam situasi sekarang kita nak rakyat faham (yang) kita nak suhu yang meningkat berdasarkan sentimen kaum dan agama diturunkan. Sebanyak mana kita boleh turun, lebih baik untuk negara,” katanya ketika sidang media selepas menyampaikan ucap tama di sebuah forum di akademi Kenegaraan di sini.

Beliau diminta mengulas penganjuran himpunan bagi membantah pengenalan tulisan Jawi di sekolah vernakular di Brickfields.

Beliau juga memberi amaran tindakan akan diambil terhadap mana-mana pihak yang mengabaikan “suhu yang meningkat” itu dan cuba mencetuskan sentimen kaum dan agama serta menyentuh soal institusi diraja.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");