Berita Hari Ini

Mungkin Hanya Pertukaran Portfolio – PM

PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan, tiada menteri baharu akan menganggotai Kabinet, sebaliknya mungkin berlaku pertukaran kecil portfolio menteri.

Perdana Menteri berkata, beliau ada menjelaskan dalam mesyuarat Kabinet berhubung pertukaran portfolio, namun belum memutuskan bila ia akan dilaksanakan.

Beliau juga menegaskan, bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamad tidak akan dibawa masuk sebagai anggota Kabinet seperti didakwa beberapa pihak.

“Tiada rombakan Kabinet, (tukar portfolio) belum lagilah, ada saya akan beritahu, tiada menteri baharu.

“Saya cakap dalam Kabinet mungkin ada tukar sikit portfolio… itu pun belum ada, bila (pertukaran portfolio) saya akan beritahu,” katanya kepada media selepas Majlis Perjumpaan Pegawai Kerajaan Bersama Perdana Menteri di sini, hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");