Panasnya Hari Ini

Najib Belanja RM606 Juta Dipindah Dari 3 Akaun, Saksi Beritahu Mahkamah

KUALA LUMPUR: Seorang bekas pegawai AmBank memberitahu Mahkamah Tinggi dalam perbicaraan SRC International Sdn Bhd membabitkan Najib Razak, bekas perdana menteri itu membelanjakan lebih RM606 juta yang dipindahkan dari 3 akaun banknya.

Bekas pengurus perhubungan AmBank, Joanna Yu Ging Ping berkata demikian ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya, V Sithambaran mengenai RM606,510,434.66 yang dilaporkan digunakan Najib antara 2013 hingga 2015.

Mahkamah sebelum ini diberitahu 3 akaun bank Najib ditutup pada 9 Mac 2015.

Hari ini, Yu turut ditanya sama ada pemegang akaun tahu sejumlah wang dipindahkan ke 3 akaun itu.

“Jika anda ialah pemegang akaun dan anda mempunyai penyata bank, anda akan tahu.”

Ditanya jika beliau tahu mengenai dakwaan ada cek yang tidak dikeluarkan Najib, Yu menjawab tidak.

Katanya, Najib tidak pernah bertanya kepada bank mengenai sumber dana itu, termasuk daripada Vista Equity dan “wang Arab” yang dimasukkan ke akaunnya.

“Jika anda (pemegang akaun) menulis cek itu, anda akan tahu ada dana mencukupi.”

Beliau berkata, ahli perniagaan, Low Taek Jho yang lebih dikenali sebagai Jho Low pernah merujuk najib sebagai “Optimus Prime” (OP) dalam perbualan Blackberry Messenger.

Mesej itu dihantar pada 26 November 2014 yang dibacakannya di mahkamah.

“OP kata mungkin tutup akaun pada Disember 2014.

“Saya rasa orang dimaksudkan itu ialah Najib.”

Perbicaraan diteruskan di depan Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali dengan bekas menteri kewangan kedua, Ahmad Husni Hanadzlah dijadualkan memberi keterangan hari ini.

Najib berdepan 6 pertuduhan pengubahan wang dan pecah amanah dalam pemindahan RM42 juta dari SRC International ke akaunnya, bekas anak syarikat 1MDB.

Ahli Parlimen Pekan itu turut didakwa menyalahgunakan kuasa sebagai perdana menteri dengan memberi jaminan kerajaan ke atas pinjaman SRC International sebanyak RM4 bilion dari Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di AmIslamic Bank cawangan Jalan Raja Chulan dan Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya antara 17 Ogos 2011 dan 10 Februari 2015 alpor FMT.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");