Panasnya Hari Ini

Najib Gagal Cubaan Terakhir Tangguh Perbicaraan 1MDB

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini menolak rayuan terakhir Najib Razak untuk menangguhkan perbicaraan 1MDB beliau yang dijadualkan bermula 19 Ogos ini, sementara menunggu kes SRC International Sdn Bhd berakhir.

Ketua Hakim Negara, Tengku Maimun Tuan Mat yang mengetuai panel 5 hakim berkata, Hakim Mahkamah Tinggi, Collin Lawrence Sequerah sudah menggunakan budi bicaranya dengan betul dalam menolak penangguhan perbicaraan 1MDB.

“Hakim itu tidak membuat sebarang kesilapan dalam melaksanakan budi bicara kehakimannya di bawah Seksyen 259 of Kanun Prosedur Jenayah. Tiada alasan untuk perayu campur tangan,” katanya dalam keputusan sebulat suara.

Beliau berkata, panel itu tiada alasan untuk memberi arahan kepada hakim perbicaraan.

“Bagaimanapun, pihak terbabit boleh memohon arahan daripada hakim (Sequerah) pada 19 Ogos.”

Turut menganggotai panel 5 hakim itu ialah Hakim Besar Malaya, Azahar Mohamed, Hakim Besar Sabah dan Sarawak, David Wong Dak Wah dan Hakim Mahkamah Persekutuan, Rohana Yusof serta Idrus Harun lapor FMT.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");