Panasnya Hari Ini

Najib Hitung Nasib

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bakal mengetahui nasibnya pada 11 November depan sama ada dipanggil membela diri atau dilepaskan daripada tuduhan pecah amanah, salah guna kedudukan dan pengubahan wang haram berhubung penyelewangan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali menetapkan tarikh itu selepas Peguam Negara, Tommy Thomas secara rasmi menutup kes itu di peringkat pendakwaan selepas saksi terakhir selesai memberi keterangan.

“Mahkamah tetapkan dua hari bermula 22 Oktober depan untuk kedua-dua pihak berhujah secara lisan.

“Jika tiada kes prima facie, Najib dilepaskan daripada tuduhan dan jika ada, Najib dipanggil membela diri. Mahkamah tetapkan 10 hari bermula 3 Disember dan bersambung pada 9 Disember hingga 12 Disember serta terus kepada 16 Disember hingga 19 Disember depan untuk Najib membela diri,” katanya.

Mahkamah juga menetapkan 24 September untuk kedua-dua pihak memfailkan hujahan masing-masing.

Terdahulu, Tommy menawarkan 66 saksi dan mengemukakan senarai untuk dipanggil pihak pembelaan.

Menjawab soalan peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib sama ada saksi ditawarkan itu tersedia memberi keterangan, Timbalan Pendakwa Raya, Datuk V Sithambaram berkata, semua saksi boleh dihubungi.

Prosiding bicara kes itu bermula pada 3 April lalu dan mengambil masa 58 hari dengan mengemukakan 57 saksi memberi keterangan di mahkamah.

Antara saksi dipanggil memberikan keterangan ialah bekas Pengarah SRC International, Datuk Suboh Md Yassin, bekas Pengerusi Lembaga Pengarah SRC International, Tan Sri Ismee Ismail dan bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Najib didakwa pada 4 Julai tahun lalu atas tiga tuduhan pecah amanah dan satu tuduhan salah guna kuasa membabitkan dana SRC International berjumlah RM42 juta.

Pada 8 Ogos 2018 pula, beliau dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tiga tuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah dan daripada dana sama.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 23, Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda yang boleh sampai lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mana lebih tinggi jika sabit kesalahan memetik laporan HMetro.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");