Berita Hari Ini

Operasi Di KLIA Kembali Lancar

SEPANG: Operasi perkhidmatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, hari ini berjalan lancar seperti biasa selepas mengalami gangguan sistem sejak Rabu lalu.

Tinjauan BH sejak jam 9 pagi tadi mendapati operasi di kaunter daftar masuk bagasi dilakukan secara automatik berbanding sebelum ini dibuat secara manual.

Kaunter daftar masuk juga tidak lagi sesak dan keadaan kini dilihat kembali terkawal serta berjalan lancar.

Malah, Sistem Paparan Maklumat Penerbangan (FIDS) utama turut berfungsi sepenuhnya dengan sentiasa dikemaskini berbanding sebelum ini, yang mana penumpang perlu memeriksa maklumat menerusi papan kenyataan putih ditulis secara manual.

Bilangan petugas ‘Airport Care Ambassadors’ yang memakai vest hijau sebelum ini ditempatkan di kawasan terminal bagi membantu penumpang juga dilihat semakin berkurangan.

Selain itu, difahamkan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) akan mengeluarkan kenyataan terkini mengenai situasi di KLIA pada tengah hari ini.

Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif MAHB, Raja Azmi Raja Nazuddin dilaporkan berkata, masalah gangguan sistem dialami di KLIA sejak Rabu lalu disebabkan kegagalan rangkaian.

Beliau dipetik berkata, sebagai langkah penyelesaian, MAHB sudah menggantikan perkakasan rangkaian berkenaan yang ketika ini sedang diuji dan dipantau kestabilannya.

Kenyataan Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA), Majlis Keselamatan Negara (MKN) malam tadi memaklumkan, tiada sebarang aktiviti serangan siber dikesan setakat ini susulan insiden gangguan teknikal di KLIA, sejak Rabu lalu.

NACSA memaklumkan siasatan awal dilaksanakan oleh MAHB mendapati kejadian ini disebabkan kegagalan perkakasan rangkaian memetik laporan BHarian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");