Perak Hari Ini

Operasi Ice Breaker Catat Tangkapan Tertinggi Seramai 1,027 Orang

IPOH- Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Perak berjaya merampas sejumlah dadah terdiri dari pelbagai jenis dengan nilai keseluruhan sebanyak RM88,995.50 dengan jumlah tangkapan seramai 1,027 orang sepanjang lapan hari operasi.

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Lim Hong Shuan berkata, Operasi Ice Breaker merupakan operasi besar-besaran yang dijalankan di seluruh Malaysia oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman bagi mengekang gelaja tersebut dari terus berleluasa.

“Operasi yang bermula 29 Julai hingga 4 Ogos tersebut memberi tumpuan di kawasan-kawasan yang menjadi tumpuan aktiviti tersebut bagi setiap daerah merangkumi kawasan sasaran yang dikenalpasti melalui risikan.

“Jumlah tangkapan keseluruhan sepanjang operasi mencatatkan nilai tangkapan tertinggi berbanding tahun lalu dengan purata umur lelaki, 14 hingga 50 tahun dan wanita pula, 19 hingga 50 tahun dengan majoriti umur lingkungan 41 tahun,” katanya.

Mengulas lebih lanjut katanya, seramai 89 orang pengedah telah ditahan dan dari jumlah tersebut, seramai 54 orang berada di bawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985.

“Seramai 259 tangkapan melibatkan kesalahan memiliki dadah, 679 tangkapan melibatkan kesalahan urin, sebanyak 23 jumlah pot yang diserbu oleh JSJN yang mana melalui hasil serbuan mencatatkan seramai sembilan orang dikenalpasti sebagai tokan dadah,” katanyanya.

Jelas beliau, pihaknya akan setiasa menjalankan pemantauan dan siasatan risikan yang professional dalam membanteras penyalahgunaan dadah di semua kawasan di negeri Perak.

Pihaknya juga menyeru agar orang awam menyalurkan maklumat mengenai aktiviti penyalahgunaan dadah ataupun jenayah narkotik yang berlaku di kawasan sekitar melalui aaplikasi Whatsapp di talian 012-2087222.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");