Berita Hari Ini

Pekan Sungai Lembing Terbakar

KUANTAN: Sebanyak 33 rumah kongsi setingkat, 19 rumah kedai dua tingkat dan sebuah perpustakaan awam musnah dalam kebakaran di pekan Sungai Lembing, dekat sini, awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Nor Hisham Mohamad, berkata kejadian dipercayai bermula kira-kira jam 1.30 pagi.

Katanya, bomba giat melakukan pemeriksaan susulan di lokasi kejadian berikutan laporan dua mangsa dipercayai terperangkap.

“Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Pahang menerima panggilan mengenai kejadian pada jam 1.52 pagi dan jentera pertama tiba di lokasi kejadian kira-kira 20 minit kemudian.

“Lima jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuantan, Taman Tas, Indera Mahkota dan Gebeng terbabit dalam operasi mengawal dan memadamkan kebakaran.

“Seramai 54 pegawai dan anggota terbabit dalam operasi, selain dibantu pasukan bomba sukarela dari pekan Sungai Lembing serta anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) berserta orang awam,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini, lapor BH Online.

Nor Hisham berkata, kebakaran dapat dikawal sepenuhnya jam 3.55 pagi.

Katanya, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih disiasat manakala Unit Forensik JBPM Pahang akan melakukan pemeriksaan di kawasan itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");