Membawang Hari Ini

Pekerja Asing: Suami Pelakon Mengaku Salah

SEPANG – Suami kepada pelakon, Nadya Syahera mengaku salah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan membenarkan imigran haram berada di dalam sebuah premis.

Tertuduh, Mohd. Hafizul Md. Nawi, 27, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Saifulakmal Mod. Said.

Mengikut pertuduhan, Mohd. Hafizul didakwa dengan sengaja membenarkan tujuh orang imigran haram masuk dan tinggal di sebuah premis yang beralamat di XG/25, Blok Bawah J, Jalan Plumbum X7/X, Seksyen 7, Shah Alam pada pukul 10.10 malam, 20 Februari lalu.

Terdahulu, peguam Zaflee Pakwanteh yang mewakili tertuduh memohon mahkamah menangguhkan keputusan hukuman pada tarikh lain atas alasan anak guamnya tidak mempunyai wang mencukupi untuk membayar denda.

Hakim kemudian membenarkan permohonan itu dan menetapkan tarikh 26 September depan untuk keputusan jatuh hukum.

Mahkamah juga membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu tarikh tersebut.

Pertuduhan dijalankan mengikut Seksyen 55 (E)(1) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan) 2002.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman denda minimum RM5,000 dan maksimum RM30,000 atau penjara 12 bulan atau kedua-duanya bagi setiap warganegara asing yang dibenarkan berada dalam premis.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Imigresen, Noor Asfihan Abd. Wahid memetik laporan Kosmo Online.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");