Berita Hari Ini

Pengenalan Tulisan Jawi Dilaksana Di SJK Jika Dipersetujui PIBG

KUALA LUMPUR – Jemaah Menteri memutuskan pengenalan tulisan Jawi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu kepada murid Tahun 4 Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) diteruskan mulai tahun depan.

Pelaksanaannya bagaimanapun hanya dilakukan jika dipersetujui oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta ibu bapa dan murid SJK manakala di Sekolah Kebangsaan akan diteruskan seperti biasa, menurut kenyataan Kementerian Pendidikan pada Rabu, lapor Bernama.

Kenyataan itu menyebut Jemaah Menteri turut mengekalkan keputusan untuk pengenalan tulisan Jawi dimuatkan sebanyak tiga muka surat di dalam buku teks serta tidak dinilai dalam apa-apa ujian atau peperiksaan.

“Mesyuarat Jemaah Menteri turut menetapkan supaya tulisan Jawi ini dikekalkan dengan nama pengenalan tulisan Jawi dan bukannya khat, dan hanya diperkenalkan secara pilihan pada peringkat asas sahaja kepada murid Tahun 4 mulai tahun 2020, murid Tahun 5 pada tahun 2021 dan murid Tahun 6 pada tahun 2022 di Sekolah Jenis Kebangsaan,” menurut kenyataan itu.

Kementerian Pendidikan berharap dengan keputusan itu, isu pengenalan tulisan Jawi di SJK tidak lagi dibangkitkan secara tidak tepat sehingga menimbulkan kekeliruan orang ramai.

Kementerian Pendidikan juga akan terus mengadakan sesi libat urus dengan semua pihak dari semasa ke semasa demi kebaikan dan manfaat sistem pendidikan negara.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");