Membawang Hari Ini
Like

Penyanyi Rock Popular 90-an Ditahan

August 3, 2019
453 Views
0 Comments
1 minute read
Penyanyi Rock Popular 90-an Ditahan

KUALA LUMPUR: Seorang penyanyi kumpulan rock popular era 90-an ditahan polis kerana disyaki terbabit dengan aktiviti dadah di sebuah kabin di Taman Tenaga, Cheras di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata, penyanyi berusia 43 tahun itu ditahan kira-kira pukul 9.30 malam selepas pihak polis menemui satu paket plastik lutsinar yang dipercayai mengandungi dadah methamphetamine seberat 0.6 gram di lokasi dia ditahan.

“Suspek ditahan bersama dadah yang dianggarkan bernilai RM100 di dalam sebuah kabin bersebelahan tempat cuci kenderaan.

“Suspek juga didapati positif dadah jenis methamphetamine, amphetamin dan tetra hydrocannabinol (THC) berikutan hasil ujian saringan air kencing terhadapnya.

“Suspek kini direman selama empat hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Kumpulan rock yang dianggotai empat orang itu ditubuhkan pada 1994 dan kali terakhir mengeluarkan album kira-kira lima tahun lepas lapor Bernama.

Komen & Pendapat

Comments are closed.