Perak Hari Ini

Perak Terus Pertingkat Sektor Kesenian Khusunya Kepada Seniman Tempatan

IPOH- Kerajaan negeri Perak menyedari bahawa sektor kesenian di negeri ini kurang mendapat sambutan dan hanya menjadi salah satu bidang sambilan yang kian ketinggalan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Tan Kar Hing berkata jika dilihat di negara lain, ekosistem kesenian yang ditonjolkan sudahpun lengkap sehinggakan seniman mereka mempunyai banyak pilihan dalam berkarya sama ada dari segi seni halus, ilustrasi atau sebagainya.

“Selama setahun kerajaan negeri cuba mengumpulkan semula seniman yang ada di Ipoh melalui beberapa program kerana kita percaya sebelum ini, para seniman kurang yakin dengan kerajaan negeri malahan mereka berfikir bahawa seni adalah satu pekerjaan sambilan dan hanya untuk memeriahkan suasana.

“Sehingga kini, hampir 70 hingga 80 peratus para seniman sudah kita kenalpasti disamping adanya kerjasam pihak PORT untuk menwujudkan panduan-panduan kepada kartunis, seniman, seni kontemperari dan sebagainya supaya kita boleh berkerjasama bersama-sama mereka,” katanya ketika ditemui pemberita semasa mengadakan lawatan kerja ke Story Exhibition di 22 Hale Street, di sini, hari ini.

Dalam pada itu katanya, Story Exhibition pada hari ini amat bermakna kerana para pelukis melalui lukisan dapat menonjolkan imej bandar Ipoh pada waktu dahulu kerana telah wujud kepelbagai pembangunan dimana pemilik-pemilik kedai turut mengubahsuai rumah-rumah dan kedai-kedai yang sedia ada.

“Bangunan yang ada kini berbeza dengan bagunan atau imej terdahulu tetapi para pelukis hari ini menggambarkan kenangan atau memori kepada masyarakat dan generasi akan datang mengenai bangunan Ipoh pada suatu ketika dahulu,” katanya.

Tambah beliau, kerajaan negeri juga akan mewujudkan satu platfom yang bertindak sebagai ekosistem bagi membangunankan sektor tersebut dimana satu perbiancangan dan proposal sudah dihantar kepada Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) bagi tindakan selanjutnya.

“Kita telah memohon sebanyak RM13.4 Juta untuk membangun dan menaiktaraf bangunan dewan perbandaran dan juga pejabat Pos Selangor supaya tempat tersebut dijadikan City Gallery dimana hasil karya yang ada boleh diletakkan di situ.

“Saya yakin apabila bajet diluluskan, kita boleh mennaik taraf kandungan yang terdapat di dalam City Gallery dan pembangunan dari sektor kesenian akan lebih eksklusif dan komprehensif kepada seniman yang terdapat di negeri ini,” katanya.

Jelas beliau, kerajaan negeri sebenarnya tidak mampu melaksanakan City Gallery secara bersendirian kerana perkara tersebut pasti tidak mungkin mampu beroperasi sepanjang tahun.

“Keperluan kerajaan negeri adalah seniman tempatan untuk menyokong pengisian yang sedia ada iaitu dengan cara mewujudkan peralihan seniman pada setiap minggu,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");