Perak Hari Ini

Peranti Vape Semakin Canggih: Ibu Bapa, Guru Dinasihat Pantau Anak Dan Pelajar

IPOH: Ibu bapa dan guru dinasihatkan agar sentiasa memantau anak-anak mereka serta murid agar tidak memiliki sebarang peranti rokok elektronik atau vape.

Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye berkata ia kerana alat-alat tersebut dilihat semakin canggih sehingga ada kalanya ia menyerupai jam tangan ataupun pen.

Katanya penggunaan rokok elektronik dalam kalangan murid sekolah itu membimbangkan kerana ia akan menyebabkan mereka terdedah kepada penggunaan nikotin yang akhirnya bakal menjadikan mereka sebagai seorang perokok.

“Kementerian Kesihatan telah bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan supaya murid yang membawa vape ke sekolah boleh dikenakan tindakan. Sekiranya mereka didapati membawa alat tersebut, guru boleh menyitanya,”  kata beliau.

Pada masa sama, ujar Boon Chye Kementerian Kesihatan telah mengadakan sesi perjumpaan dengan pihak pengeluar alat tersebut dengan meminta untuk tidak dipasarkan sebarang peranti itu kepada murid sekolah.

“Kita harapkan mereka tidak akan memasarkan alat-alat peranti vape itu kepada murid dan pelajar sekolah.

“Antara langkah yang diambil mereka ialah mengeluarkan peranti vape menyerupai jam tangan daripada pasaran. Pihak pengilang telah diarahkan untuk mengeluarkan produk sedemikian dengan secara sukarela.

“Selain itu kita juga akan bekerjasama dengan mereka agar kita dapat merangka perancangan yang lebih baik untuk pengawalan penggunaan vape ini,” katanya.

warga emas

Dalam perkembangan lain, Boon Chye berkata pihaknya masih mengkaji mekanisme bagi mengetahui bahan sebenara yang terdapat dalam  gula-gula berasap atau Ghost Smoke.

Bagaimanapun ujarnya hasil kajian awal mendapati tiada bahan berbahaya di dalam kandungan Ghost Smoke yang dijual di pasaran.

Katanya lagi, pengambilan Ghost Smoke itu tidak digalakkan kepada kanak-kanak kerana ia seolah-oleh menyerupai perbuatan merokok.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Program Bersama Persatuan Warga Emas Shou Hup dekat Taman Song Choon, di sini, hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");